Bebaskan Palestin!

Thursday, November 12, 2009

Peperiksaan

السلام عليكم و رحمة الله وباركاته

Hari ni dah masuk hari kedua minggu peperiksaan semester ini. Alhamdulillah, semalam aku dah lepas satu subjek( Probability & Statistics ) dan insyaALLAH akan bersambung menjawab hari Isnin minggu depan.

Dalam masa yang singkat untuk mengulangkaji semua benda dalam masa beberapa hari dan mungkin ada yang tak sempat untuk aku cover semuanya, masih ada sahabat yang masih memberiku harapan untuk terus semangat. Semangat untuk mencari ilmu-ilmu yang boleh digunakan bukan sahaja untuk diri malah mungkin untuk kepentingan orang lain dan tak lupa juga makhluk lain.

KataNYA:

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.[3.139]

dan

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji? [29:2]


sedikit sebanyak mengurangkan kerungsingan aku andaikata ada sahaja diri ini diuji dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Siapa tahu bukan. Namun, semangat untuk terus mengisi otakku ini dengan ilmu walaupun dengan ilmu keduniaan ini. Untuk ilmu akhirat, marilah sama-sama kita hayati sajak yang telah disampaikan oleh sahabatku, Zulfikri yang kurasakan sangat mendalam maknanya walaupun agak kelakar(haha).



Ada lagi 5 subjek untuk aku hadamkan dan mengolah dalam dewan peperiksaan nanti. Doakan kepadaku supaya mudah bagiku menjawab kesemuanya kerana doa dari seseorang kepada sahabatnya yang lain sedangkan sahabatnya tidaklah ketahui mengenainya adalah mudah dimakbulkan ALLAH(hadis sahih tapi aku tak ingat sanad dan matannya). Doakan juga aku berjaya di dunia dan akhirat. Kepada yang tengah exam, selamat menjawab dan dari aku, ALL THE BEST kepada semua. Wallahu'alam.

Thursday, October 29, 2009

MPPUTP 2009/2010

السلام عليكم و رحمة الله وباركاته

Congratulation I wish to the elected persons for SRCUTP( MPPUTP ) 2009/2010. 5 persons had been selected to be the leader of this university. They are:

  1. Ahmad Umair bin Zubair - 1454
  2. Wan Abdul Mu'id Basidth bin Wan Lokman - 1428
  3. Nurul Ain binti R Asman -1394
  4. Muhammad Haniff bin Humam - 1390
  5. Jenani A/P Jayavalan - 1040
  6. Mohd Ashraf - 951
Hopefully, after this all of them can make a change of this university as they had voice out in their manifesto before. For not selected one, wish you all the best in your study and life and not regret in making decision to join this election. Again, congratulation to all and especially Umair as you've been appointed to get the highest voting of this election. See all of you work for the coming semester.

p/s: Mohd Asyraf is not to be a frontliner of this SRCUTP 2009/2010. Just 5 upon 6 would be selected.

Waallahu'alam.

Wednesday, October 21, 2009

Just For Laugh

السلام عليكم و رحمة الله وباركاته

Kids Are Quick
____________ _________ ______ _________


TEACHER: Maria, go to the map and find North America .

MARIA:
Here it is.
TEACHER: Correct. Now class, who discovered America ?

CLASS: Maria.

____________ _________ _________ ______


TEACHER: John, why are you doing your math multiplication on the floor?

JOHN: You told me to do it without using tables.

____________ _________ _________ ____________


TEACHER: Glenn, how do you spell 'crocodile?'

GLENN: K-R-O-K-O-D- I-A-L'

TEACHER: No, that's wrong

GLENN: Maybe it is wrong, but you asked me how I spell it..


(I Love this kid)

____________ ____________ ______ ____________ __


TEACHER: Donald, what is the chemical formula for water?

DONALD: H I J K L M N O.

TEACHER: What are you talking about?

DONALD: Yesterday you said it's H to O.
____________ _________ ____________ _


TEACHER: Winnie, name one important thing we have today that we didn't have ten years ago.

WINNIE: Me!

____________ _________ _________ ____________


TEACHER: Glen, why do you always get so dirty?

GLEN:
Well, I'm a lot closer to the ground than you are.
____________ ____________ _________ ______


TEACHER: Millie, give me a sentence starting with ' I. '

MILLIE: I is..

TEACHER: No, Millie..... Always say, 'I am.'

MILLIE: All right... 'I am the ninth letter of the alphabet.'

____________ _________ _________ __


TEACHER: George Washington not only chopped down his father's cherry tree, but also admitted it.
Now, Louie, do you know why his father didn't punish him?

LOUIS: Because George still had the axe in his hand..

____________ _________ _________ ________


TEACHER: Clyde , your composition on 'My Dog' is exactly the same as your brother's. Did you copy his?

CLYDE : No, sir. It's the same dog.
____________ ____________ _________ __

TEACHER: Harold, what do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?
HAROLD: A teacher
____________ ____________ ______ ____

Forwarded from my roomate.

Haha. Kadang-kadang hidup kita ni takleh selalu serius. Kalau serius je nanti tekanan jiwa la jawabnya. Selamat ketawa tapi jangan gelak sampai tak ingat dunia ye kawan-kawan. Salam.

Friday, October 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

السلام عليكم و رحمة الله وباركاته

Ahamdulillah. Syukur ke hadrat ALLAH kerana masih memberiku peluang untuk mengecapi pelbagai nikmat. Hari ni dah masuk 29 Syawal 1430. 2 hari lagi untuk masuk ke bulan Zulkaedah. Logiknya, masih sempat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITIRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua penduduk dunia terutamanya keluarga, sahabat-sahabat dan yang mengenali diri ini.

Bukan sengaja mahu melambatkan wish Hari Raya ini tapi sebenarnya banyak masalah yang timbul dan yang utamanya adalah laptopku. Tapi hari ni alhamdulillah, masih berkesempatan untuk memiliki yang baru untuk memudahkan kerja-kerja aku yang banyak tertangguh terutamanya kerja syarikat dan sekolah, insyaALLAH.

Walaupun tahun ni tak sama seperti tahun-tahun yang lepas sebab abang dan kakak aku; kedua-dua balik rumah mertua, masih terasa raya bersama. Syawal ke-3 barulah semua dapat berkumpul sekali. Kesannya, gambar sekeluarga yang biasanya diambil di pagi hari tak dapat dilakukan. Namun, gambar budak-budak cute macam pak sedarenya(aku la tu~) ada.

Raya kali ni banyak aku habiskan dengan menziarahi kawan-kawan. Tak kira kawan sekolah atau UTP. Nasib baik la aku tak kenal semua rumah. Kalau tak habis semua rumah aku pergi. Nak cerita berkaitan raya ni rasanya sampai aku menulis pagi esok pun tak habis lagi.

Kerja sekolah terutamanya MED's Group Project, MOM's Group Project, Assignments & study,study,study... perlu disiapkan sebelum minggu hadapan. Tapi dijangka minggu hadapan akan ada banyak Tests & Quizzes yang bakal menyusul. Jadi, aku tak dapat la nak tulis dengan panjang lebar kerana masih banyak perkara yang lebih awla daripada ini. Akhir kata, sempurnakan puasa 6 kamu dan semoga beroleh manfaatnya, insyaALLAH. Wallahualam.

Monday, September 14, 2009

Dua Sebab Kenapa Umat Islam Mundur

السلام عليكم و رحمة الله وباركاته

Hari ni dah masuk hari ke-24 Ramadhan. Alhamdulillah, setakat hari ni masih lagi diberi nikmat oleh ALLAH untuk merasai kemanisan puasa. Mungkin puasa kali ni puasa terakhir untuk kita. Siapa yang tahu kan. ALLAH berkuasa dalam menentukan qada' dan qadar kita. Jadi, apa lagi. Jomlah kita sahut seruan puasa ni dengan melakukan ibadah terutamanya di sepuluh malam terakhir. Aku pernah dengar ada orang cakap malam al-qadar dah lepas. Tapi adakah kerana itu kita tidak mahu terus memburu. Mungkin itu hanya sangkaannya sahaja sedangkan nabi sendiri tidak pernah memberitahu atau meriwayatkan secara spesifik tentang malam al-qadr ni. Ayuh, ayuh sahabat-sahabat. Kita kejar baki lagi 5-6 hari lagi ini dengan menambah amalan-amalan sunat. Ibadah wajib jangan pulak diambil ringan. Jangan sampai sembahyang SUNAT terawikh dilakukan secara jemaah tapi solat FARDHU isyak entah ke mana perginya. Mana awlawiyat antara SUNAT dan FARDHU?? Ketuk kepala tanya akal la ye.

Ok. Rasanya dah cukup muqaddimah aku. Sebenarnya aku baru je terjumpa satu artikel yang bagi aku sangat menarik dan sesuai untuk dikongsi kepada semua. Tajuknya seperti di atas. Dan ini adalah artikel tersebut. Selamat membaca.

Apabila terdengar azan kita pasti mengetahui ia adalah panggilan solat. Tapi, saat darurat, azan dilaungkan sebagai panggilan jihad atau bagi memenuhi keperluan hajat masyarakat yang penting seperti hebahan mengenai kematian seseorang penduduk kampung.


Namun, mari tumpukan kepada azan sebagai seruan mendirikan solat. Ini kerana, tersebut dengan jelas dalam kalimah-kalimat yang tersusun itu seruan: 'Marilah menuju solat' dan diikuti seruan: 'Marilah menuju kejayaan'.


Jadi, sudah tentu 'lagu' dan 'lirik'nya diciptakan untuk solat. Dalam suatu hadis, tersebut kisah di mana para sahabat sedang bermesyuarat bersama Baginda Rasulullah s.a.w untuk memutuskan kaedah yang sesuai untuk menyeru Muslimin menunaikan solat di masjid.


Antara idea yang dibangkitkan ialah penggunaan loceng yang mirip kepada Nasrani serta tiupan serunai yang mirip kepada Yahudi dalam peribadatan mereka. Akhirnya, Bilal pun dipilih sebagai muazzin pertama yang melaungkan azan dari sebuah tempat yang tinggi.


Kaedah azan yang digunakan oleh Rasulullah dan para sahabat melalui mesyuarat mereka itu sebenarnya mengandungi rahsia besar tentang 'kejayaan', 'kemajuan', 'pembangunan' dan 'kemakmuran' atau apa-apa saja perkataan yang seangkatan makna dengan kebaikan.


Di sini, timbul suatu persoalan baru - yang mana tiba dahulu, atau apa perlu didahulukan? Adakah 'solat' atau 'kejayaan' diutamakan daripada sebarang pekerjaan yang membuahkan 'kejayaan'.


Ini kerana seruan menunaikan solat terlebih awal disebut, dan dikemudiankan seruan bagi menuju kejayaan (al-Falah). Kejayaan di sini, merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi.


Pendek kata, kalau kita boleh meluruskan solat, tentulah kita boleh menempa, menempah tiket ke arah kejayaan itu. Tidak cuma menempah. Malah, jika kita lurus soal solat, sudah tentu kita berhasil menguruskan kejayaan kita itu. Ertinya, kita diberi kebolehan mencipta ruang dan peluang untuk berjaya.


Kejayaan ini tentunya tidak dapat dicapai melalui usaha seorang saja melainkan ia mesti dilakukan secara berkumpulan dan berjemaah. Oleh itu, solat yang dimaksudkan di sini ialah solat berjemaah dan bukan solat bersendirian.


Ini kerana, ruh daripada seruan azan tadi bermaksud panggilan kepada orang-ramai untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid, tempat di mana azan itu dilaungkan tadi.


Umum mengetahui bahawa maju dan mundurnya sesuatu bangsa bukanlah kerana bahasa bangsa lain. Bahasa bangsa lain tiada fungsi penting dalam menentukan maju mundurnya sesebuah bangsa. Bukannya bahasa Inggeris akan menyebabkan pelajar itu celik di dalam Matematik-Sains. Tapi, ia bermula dengan 'sikap' rajin, latihan mengulangkaji pelajaran.


Sikap malas dan rajin bekerja ini dipandukan oleh semangat dan motivasi. Semangat pula dibentuk daripada cara berfikir dan memandang sesuatu perkara secara positif.


Semua ini bakal diperolehi oleh seseorang Muslim itu lewat solat-solatnya sama ada yang fardhu atau sunat. Tetapi, dalam solat jemaahlah sikap-sikap yang mencerminkan mundur dan maju umat Islam ini semakin jelas kelihatan.


Maju dan mundur ini pula diukur melalui sikap pergerakan dalam solat berjemaah yang terbahagi kepada dua pergerakan. Pergerakan ke 'depan – belakang' dan 'kiri – kanan'.


Sebenarnya, ada banyak lagi sikap yang boleh menentukan maju mundurnya umat Islam. Tapi, dalam hubungan azan dan solat berjemaah ini, biarlah kita tumpukan kepada hal ini terlebih dulu. Gerakan ini timbul kerana wujudnya saf depan-belakang dan saf kiri-kanan.


Pergerakan ke depan bererti langkah kemajuan seseorang makmum (dipimpin) menuju ke tempat imam (pemimpin). Sementara, pergerakan kiri dan ke kanan adalah bertujuan bagi merapatkan ikatan perpaduan dan persaudaraan jika wujud ruang kosong di dalam saf itu.


Jadi, inilah dua sikap yang mendatangkan maju mundurnya sesuatu bangsa Muslim itu. Ia adalah sikap selalu bersedia menjadi pemimpin untuk memimpin umat dan sikap sentiasa berusaha merapatkan ikatan persaudaraan dan perpaduan sesama mereka.


Gerakan menuju ke saf depan apabila dilihat wujudnya kekosongan, adalah menunjukkan seseorang itu sentiasa mara ke depan. Apabila tiba masanya, jika dipelawa untuk menjadi imam, maka seseorang itu bersedia memimpin solat berjemaah pada bila-bila masa.


Apabila seseorang itu melihat di bahagian kiri dan kanannya kosong, maka dia akan terus merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya. Dia tidak akan pernah membiarkan saf itu kosong diisi syaitan dan membiarkan kekosongan diisi kekosongan. Yang menyebabkan seseorang itu rapat kepada saudaranya, ialah kerana dia ingin memenuhi kekosongan itu.


Seseorang yang terasa hidupnya penuh kekosongan dan kesepian, ia sebenarnya menagih pengisian untuk berbual, berbincang, bertukar fikiran. Semua ini menjelma sebagai bahan fikiran saya sejak Ramadan ini ketika menunaikan solat terawih.


Ada peristiwa lain yang tak kurang menariknya berhubung ikatan persaudaraan ini. Suatu ketika, diriwayatkan bahawa Hasan al-Banna pernah mengadili hal solat terawih. Sebelah pihak, ingin membuat 8 rakaat sementara pihak lain mahu 20 rakaat. Al-Banna kemudian memutuskan agar solat terawih itu dibatalkan. Mereka terkejut dengan keputusan itu.


Akhirnya al-Banna bertanya-apakah hukum solat terawih itu? Mereka menjawab ia sunat. Apabila ditanya apakah hukum perpaduan sesama Islam, mereka serentak menjawab, hal memelihara perpaduan umat Islam itu hukumnya fardhu.


"Jika demikian lebih baik tidak mengamalkan yang sunat demi memelihara yang fardhu," kata al-Banna. Perpaduan penting dijaga kerana ia menentukan maju mundur umat Islam.


Percakaran sesama mereka menyebabkan kemunduran. Di beberapa buah masjid jika kita sering menelitikan hal ini, jarak-jarak antara saf tidak dirapatkan. Di sebuah masjid yang pernah saya kunjungi, ada suatu sikap aneh pada jemaahnya.


Apabila saya merapatkan diri bagi menutup ruang antara saf itu, ahli jemaah itu bertindak menghindari saya. Kemudian, saya cuba merapatkan semula. Ternyata dia telah bertindak dengan cara yang sama dan sengaja membiarkan ruang kosong itu wujud.


Dalam renungan saya, dia mungkin mahukan keselesaan. Mungkin jika rapat, keselesaan itu tidak dirasai. Jika benar itu yang dimahukan, adakah keselesaan itu matlamat di dalam solat berjemaah? Setakat ini, hal itu berlaku di desa pendalaman sahaja. Masjid di bandar belum lagi saya melihat wujudnya jarak saf yang terlalu ketara jauhnya.


Pun begitu, ada hal lain yang perlu diberi tumpuan tentang saf kiri – kanan ini. Lihat cara VIP menunaikan solat jemaah ketika solat Jumaat. Kita lihat punca wujudnya jarak antara saf itu ialah kerana mereka punya sejadah masing-masing. Jadi ketika bersolat di sejadah, maka secara tak langsung akan wujudlah jarak. Jika tidak, mungkin jarak itu tidak wujud.


Seterusnya, sikap tidak mahu maju ke depan untuk memenuhkan saf di depan jikalau ada ruang kosong di depan mereka. Saya percaya, ada kalangan kita yang pernah menghadapi situasi ini. Iaitu, ahli jemaah itu akan berpura-pura seolah-olah dia tidak nampak ruangan kosong di depannya. Dia akan sentiasa menundukkan pandangannya.


Jika ada orang di saf depan mempelawa ahli jemaah itu mengisi kekosongan di saf depan, nescaya dia berpura-pura mengalihkan wajahnya ke belakang. Pada hemat saya, adalah wajar orang tersebut pergi ke hadapan kerana ruang kosong di saf depan itu memang betul-betul berada di hadapannya.


Jadi, demikianlah sedikit sebanyak dua perkara yang dapat dipelajari dalam solat jemaah. Islam tidak menutup ruang sesiapa pun untuk memimpin solat. Mungkin kita orang yang terkemudian. Tapi lama-kelamaan, ruang itu akan terbuka dan kita akan sentiasa menuju ke depan sehinggalah kita tiba di saf paling depan setelah ada ahli jemaah keluar saf.


Akhirnya, kita mungkin dipelawa untuk memimpin solat tersebut. Tapi, sebelum boleh memimpin itu, kita perlu merapatkan ikatan persaudaraan melalui saf kiri kanan terlebih dahulu, bersikap meraikan mana-mana ahli jemaah yang mahu ke depan jika ada ruang kosong di depannya. Jika dia pelawa kita memenuhi ruang kosong di saf depannya, kita janganlah bertangguh lagi untuk mara terus ke depan.


Saya menulis ini kerana berasa cemas dengan kepimpinan Dunia Islam pada hari ini. Kita ketandusan pemimpin sebenarnya. Semua itu kita boleh pelajari apabila kita mencermati solat jemaah. Saya tidak percaya Islam Hadhari boleh memimpin Dunia Islam hari ini. Kita ramai pemimpin, tapi kepimpinan itu tidak diikat dengan akhlak. Ringkasnya, kita banjir kepimpinan, tapi kemarau keteladanan.


Syahadan, jika tiada orang mahu ke depan, maka kita yang sedar ini patut maju ke depan. Ini bukan bererti kita sudah mantap. Tapi, bagai kata orang–tiada rotan akar pun berguna. Tetapi, setelah kita sedari pimpinan sebenar sudah tiba, maka jangan berebut kepimpinan dengan pimpinan itu pula.


Serahkanlah kepimpinan itu kepada yang berhak menerimanya pada waktu itu, sebab pada waktu itu dia telah ditakdirkan Tuhan untuk memimpin. Coretan ini diakhiri melalui kata-kata novelis Indonesia , Pramoedya Ananta Toer, yang mendalam dan bermakna dan diubah sedikit dengan ayat saya: "Betapa berbezanya bangsa Barat dan bangsa Hindia (Timur) ini. Di Barat, setiap orang berlumba membuat jasa lalu mendapat tempat dalam masyarakat, sesuai dengan sumbangannya itu.


"Tapi dalam bangsa Hindia (Timur), orang berasa cemas jika mereka tidak mendapat penghormatan, lalu mereka berlumba merebutkan tempat agar mendapat kedudukan dalam masyarakatnya."


Sikap berlumba merebut tempat dan kedudukan ini yang menghancurkan slogan 'Kepimpinan Melalui Teladan' selama ini. Kita tidak menderita kekurangan pemimpin. Tetapi, kita banjir dengan pemimpin yang kemarau dengan keteladanan dan akhlak sebagai contoh ikutan kepada rakyatnya.


Syahadan, dua sikap inilah (sentiasa ke depan dan merapatkan persaudaraan) yang perlu diterapkan sebagai sumbangan setiap Muslim yang peka dan prihatin ke atas maju mundurnya bangsa Muslimin. Iaitu, selalu bersedia ke depan sebagai pemimpin dan sentiasa mengukuhkan ikatan tali persaudaraan.


Artikel ini diambil dari: IMPROF

Semoga beroleh manfaat kepada semua, insyaALLAH. Wallahu'alam.

-peringatan untuk diri-
 

MyCartopia.com Click here to get one